Wednesday, 7 December 2016

PANDANGAN TERHADAP KURSUS PENGANTAR PENULISAN

Bagi pandangan saya sebagai pelajar semester akhir, kursus pengantar penulisan ini merupakan kursus terbaik untuk saya ambil kerana kursus ini akan dapat membantu saya untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi dalam keputusan peperiksaan saya. Kursus ini sangat bagus untuk saya mendapatkan ilmu tentang penulisan termasuk dalam mengenalpasti kesalahan yang biasa terjadi di kalangan pelajar dalam membuat sesebuah penulisan. Di samping itu, sistem pengajaran yang santai di dalam kelas yang dipraktikan oleh pensyarah saya iaitu En. Azmi tersangat berkesan untuk menarik minat saya mengikuti kursus ini. Secara jujurnya tiada sebarang tekanan dalam diri saya semasa mengikuti kursus ini malah saya akan mengesyorkan kursus ini kepada pelajar lain.

No comments:

Post a Comment