Wednesday, 7 December 2016

PANDANGAN TERHADAP KURSUS PENGANTAR PENULISAN

Bagi pandangan saya sebagai pelajar semester akhir, kursus pengantar penulisan ini merupakan kursus terbaik untuk saya ambil kerana kursus ini akan dapat membantu saya untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi dalam keputusan peperiksaan saya. Kursus ini sangat bagus untuk saya mendapatkan ilmu tentang penulisan termasuk dalam mengenalpasti kesalahan yang biasa terjadi di kalangan pelajar dalam membuat sesebuah penulisan. Di samping itu, sistem pengajaran yang santai di dalam kelas yang dipraktikan oleh pensyarah saya iaitu En. Azmi tersangat berkesan untuk menarik minat saya mengikuti kursus ini. Secara jujurnya tiada sebarang tekanan dalam diri saya semasa mengikuti kursus ini malah saya akan mengesyorkan kursus ini kepada pelajar lain.
HINGGA KE JANNAH- KRU

Dalam beribu
Dosa yang dah tersalah laku
Mungkin adanya sepahala
Menganugerahkan kau bersama

Syukran Ilahi
Menjodohkan takdir bertemu
Sempurna lengkap sanubari
Menjadi pasanganmu

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Andai mengalir
Titis air mata menguji
Ku harap kau tabah bersabar
Harungi semua pancaroba



Akan ku janjikan
Senyuman di waktu yang sukar
Agar hanya detik yang indah
Tercoret dalam diari cinta

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah



Lagu “Hingga ke Jannah” merupakan lagu terbaru dari kumpulan KRU yang terdiri daripada  vokalisnya iaitu Yusri diiringi pemuzik oleh adik beradiknya sendiri iaitu Edry dan Norman. Lagu ini berkisarkan tentang kisah cinta yang disemai sejak kecil lagi berkekalan sehingga jinjang pelamin. Lagu ini menunjukkan kekuatan jodoh pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain dan berjanji akan setia hingga ke Jannah. Lagu ini juga kelihatan sangat sesuai bagi meraikan kemanisan dalam berumah tangga.


Buku Sayonara Jahiliah atau turut membawa maksud Selamat Tinggal Jahiliah, karya Muharikah dan diterbitkan oleh Iman Publications akan memberi pengetahuan serta pandangan yang lebih meluas tentang jahiliah. Ia akan memberi pendedahan dari sudut makna jahiliah, ayat-ayat al-Quran serta hadis yang menceritakan tentang jahiliah, akibat atau kesan jahiliah, kaedah untuk meninggalkan jahiliah serta banyak lagi perkongsian yang menarik yang akan menjadikan anda seorang individu yang tidak akan tertewas dengan jahiliah.

Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu-individu yang diuji oleh  Allah dalam kehidupan mereka yang dapat kita ambil pengajaran, turut menjadikan penulisannya menjadi lebih menarik dan mampu meningkatkan ‘hamasah’ atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliyah.