Tuesday, 6 December 2016

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu menyelidik mengapa seseorang itu memiliki tingkah laku tertentu. Pengetahuan tentang perkara ini adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secara lebih terperinci. Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza.

 Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik. Kemahiran ini sangat penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus. Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa, tanda hormat anda kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswa yang tinggi. Mahasiswa tidak boleh berinteraksi dengan menggunakan bahasa langa atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).
KENAPA SAVJI DHOLAKIA DIGELAR BOS TERBAIK DI DUNIA?

Bilionair berlian di Surat, India membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang. Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.
Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.
Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja. Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif."Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya. Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.

KELUH KESAH RAKYAT TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK.

Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 and diesel naik 15 sen, mulai 1 November. Presiden Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan kadar baharu berkuat kuasa 1 November bagi RON95 adalah RM1.95 seliter berbanding RM1.80 sen seliter. Harga RON97 adalah RM2.30 berbanding RM2.15 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.90 seliter berbanding RM1.75. Diesel Euro 5 turut mengalami kenaikkan dengan harga barunya RM2.00 berbanding RM1.85.

Kenaikan harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing. Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90). Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 
MEMPUNYAI SEBUAH KAFE YANG DIKENALI RAMAI.

Semakin hari semakin ramai yang menceburi perniagaan kafe dan perniagaan sebegini banyak berkembang terutama sekali di kawasan bandar. Bagi aku kafe mempunyai suasana santai yang lebih sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan, berborak-borak malah untuk mengadakan mesyuarat. Disebabkan itu, pada lima tahun akan datang, aku akan membuka sebuah kafe yang terkenal di seluruh Malaysia yang dinaung oleh aku sendiri. Aku akan membuka sebuah kafe yang menyediakan menu hidangan berat seperti dim sum, burger dan stik, atau beraneka makanan ringan dan pastry seperti cupcake, croissant, aiskrim, kopi dan teh.

Kafe tersebut akan diberi nama sebagai ‘CafĂ© Bonda’ bersempena dengan restu ibu yang telah diberikan kepada aku untuk menjalankan perniagaan aku sendiri disamping aku ingin menunjukkan kasih sayangku kepada ibu. Aku akan mempraktikkan segala ilmu perniagaan yang telah aku pelajari di universiti termasuk dalam pengurusan kewangan, pemasaran, sumber manusia dan sebagainya. Aku percaya perniagaan aku akan maju dan membangun dari semasa ke semasa.