KENAPA
SAVJI DHOLAKIA DIGELAR BOS TERBAIK DI DUNIA?
Bilionair berlian di Surat, India
membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400
buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.
Bonus itu diumumkan oleh Savji
Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan
sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.
Savja memberitahu CNNMoney, mereka
adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang
dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan
kemahiran sejak tahun lalu.
Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan
200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200
pekerja. Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada
tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai
program insentif."Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke
70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata
Dholakia.
Selain sifat pemurahnya, Savji juga
terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya. Sebelum ini, Savji
memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang
biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.
No comments:
Post a Comment