KELUH
KESAH RAKYAT TENTANG KENAIKAN HARGA MINYAK.
Harga runcit bagi petrol RON95,
RON97 and diesel naik 15 sen, mulai 1 November. Presiden Persatuan Pengusaha
Minyak (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan kadar baharu berkuat
kuasa 1 November bagi RON95 adalah RM1.95 seliter berbanding RM1.80 sen
seliter. Harga RON97 adalah RM2.30 berbanding RM2.15 sen seliter, manakala
harga diesel ialah RM1.90 seliter berbanding RM1.75. Diesel Euro 5 turut
mengalami kenaikkan dengan harga barunya RM2.00 berbanding RM1.85.
Kenaikan
harga minyak yang
diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis
kewangan yang meruncing. Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun
ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90). Harga
baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh
masyarakat yang kini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan yang
semakin meningkat.
Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan
kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini,
ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah
dan sederhana.
No comments:
Post a Comment