PANDANGAN TERHADAP KURSUS PENGANTAR PENULISAN
Bagi pandangan saya sebagai pelajar
semester akhir, kursus pengantar penulisan ini merupakan kursus terbaik untuk
saya ambil kerana kursus ini akan dapat membantu saya untuk mendapatkan gred
yang lebih tinggi dalam keputusan peperiksaan saya. Kursus ini sangat bagus
untuk saya mendapatkan ilmu tentang penulisan termasuk dalam mengenalpasti
kesalahan yang biasa terjadi di kalangan pelajar dalam membuat sesebuah
penulisan. Di samping itu, sistem pengajaran yang santai di dalam kelas yang
dipraktikan oleh pensyarah saya iaitu En. Azmi tersangat berkesan untuk menarik
minat saya mengikuti kursus ini. Secara jujurnya tiada sebarang tekanan dalam
diri saya semasa mengikuti kursus ini malah saya akan mengesyorkan kursus ini
kepada pelajar lain.
